Perasan atau tidak, jika anda mengakses laman web seperti Maybank2u, anda akan Nampak “mangga” kecil di sebelah URL website. Rujuk gambar di bawah :

“Mangga” ini dinamakan SSL (Secure Sockets Layer). SSL merupakan teknologi keselamatan standard untuk membina system sekuriti online antara pelayan web dan pemilik laman web. Sistem ini memastikan bahawa semua info yang diakses dan dilayari di website tersebut menjadi private. SSL ialah standard industry yang digunakan oleh berjuta laman web untuk melindungi segala urusan transaksi dan info info peribadi.

Apakah contoh penggunaan SSL dalam system e-commerce & laman web yang lain pada hari ini?

Apakah antara perkhidmatan dan bagaimana SSL digunakan dalam e -dagang dalam dunia moden hari ini ?

  • Mengurus niaga kad kredit atau pun debit di atas talian
  • Melindungi login system dan maklumat sensitif atas talian seperti faceboook dll.
  • Pemindahan fail peribadi melalui laman web
  • Mendapatkan trafik intranet seperti network file sharing, dan lain-lain.
  • Lawati blog kami untuk ketahui lebih info berkenaan internet!